CeKoDoK pALING SEDAP...
pada suatu hari abah dan mak masak cekodok kat dapur tiba-tiba terdengar ada orang memberi salam rupa-rupanya saudara datang umah...wah langkah kanan tul diorang ni....lepas je diorang merasa cekodok ni diorang rasa sedap gila..."bila tiba hari raya"...."balik kampong ohohoh balik kampung"...diorang suruh masak lagi cekodok hari tu... so ini resepi bagi cekodok paling sedap...
BAHAN-BAHAN:
1) 4 ulas bawang merah
2) 3 ulas bawang putih
3) satu biji lada hijau / 3 biji
cili api..
4) tepung gandum
5) daun bawang
6) garam, kunyit serbuk buh sikit je..
7) ikan bilis berapa nak letak
letaklah
8) minyak masak
Cara memasak:
1) potong bawang dan bahan campurkan semuanya
2) bancuh tepung cair-cair..jangan pekat sangat
nanti tak garing
3) goreng
4) dahhh...
makan tu cecah lah dengan sos atau kuah kari..
semuanya semudah 1,2,3....
SENDUDUK PUTIH
Blog ini banyak mengenai alam... kadang-kadang terselit resepi... senang kata ikut hati senduduk putihlah apa nak tulis :)
Monday, January 24, 2011
Apa Cite Nyo...
Mula-mula.
Bila baka serama jadi ayam kampung...
Bila baka serama jadi ayam kampung...
Asalnya seekor ayam serama yang telah di kacaukan dengan ayam kampung maka jadilah ayam serama yang besar...bermulanya pada tahun 2006..maka lenyap lah asal ayam serama...
Dengan persekitaran yang berhampiran belukar..keturunan ayam serama tadi telah meredah berlukar dan bercampur dengan ayam hutan dan menjadi kekawan...
Pada tahun 2011:
Inilah keturunan ayam serama...
comel-comel je...dagingnya sedap buat rendang tapi kena sembelih banyaklah..kurang-kurang lapan ekor..itu pun tak cukup....
semoga membiak lagi dan boleh buat bisnes..
Saturday, January 22, 2011
Senduduk putih ini
Kenapa SENDUDUK PUTIH...
Senduduk putih diatas diambil di kampung sendiri gambar ini diambil kali terakhir kerana pokok tersebut mati selepas beberapa bulan kemudian, kini senduduk putih hanya terletak pada sekeping gambar sebagai kenangan.
Senduduk putih ini merupakan sejenis tumbahan yang sukar ditemui. Dari segi perubatan tradisional pokok senduduk putih ini boleh dijadikan ubat terkena racun atau santau.
Dulu mak cik selalu mengambil daun serta bunga senduduk putih ini untuk dijadikan ubat darah tinggi serta kencing manis (dikatakan oleh mak cik la) selepas di rendam dengan air panas. Hasilnya boleh tahan.
Kalau ada rezeki saya ingin sangat menemui benih pokok senduduk putih ini secara semulajadi...
Subscribe to:
Comments (Atom)